Mrs MishBubbles .


Assalammualaikkum..Nina here..di sini..nina mencurahkn apa yg brlaku pda nina setiap hri..follow me..n i will follow u back..peace yooo!soo..welcome to my diary..Fiancee for Mr Syafiq..

► Me ?
►Tutorial + Freebies+ Tips
► Friends.
► Entries ,



The Message




Template By : RazHaikalRadzi
Blogskin : RazhaikalRadzi
Re-Edit By : ME 

Older Post | Newer Post
♔ Why So Serious ? ♔
Tuesday, 18 December 2012 | 20:38 | 0COMMENTS

Hye you all!Assalammualaikkum..k..hri ney..nina nk story2 skit pasal penjagaan gigi..haa?gigi..npe mesti gigi?heheh...ermm..sebab nina sgt-sgt prihatin dgn gigi..bg nina..gigi melambangkan kebersihan seseorang individu..So jom!baca lagi...




Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai... Kita boleh manfaatkan kesihatan ini kepada pelbagai cara, terutama dalam mencari rezeki, melakukan ibadah dan beberapa perkara lain. Tidak dinafikan, kesihatan mulut dan gigi jarang mendapat perhatian kita  berbanding bahagian badan yang lain..Kita sering ‘terlupa’ kehadiran gigi walaupun kita menggunakannya setiap hari, sehinggalah kita tersedar ‘kehadiran’ nya bila berlaku sesuatu pada gigi kita...Tatkala itulah baru gigi mendapat perhatian khusus dan sejumlah wang yang besar sanggup dikeluarkan untuk merawat gigi...

Gigi merupakan anugerah anggota badan kita yang sangat berharga... Bgi mreka yang sudah tidak mempunyai gigi, mereka akan merasakan begitu pentingnya gigi dalam kehidupan seharian mereka... Gigi digunakan untuk mengunyah makanan agar makanan lebih mudah dihadam... Jika memakan tanpa gigi, makanan yang dimakan sukar untuk ditelan dan dihadam... Sebenarnya penjagaan gigi perlulah bermula dari peringkat bayi lagi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan gigi anak mereka supaya gigi anak mereka kekal cantik sehingga dewasa kelak...




Setahu nina lah kan..ermm kerosakan gigi boleh terjadi dlm dua bentuk iaitu plak gigi n karang gigi..
Apa yang nina fham..Plak gigi ialah suatu lapisan bakteria yang nipis dan melekit serta tiada berwarna. ..Bakteria yang terdapat dalam plak akan bertindak dengan sisa makanan di dalam mulut, menghasilkan asid yang akan menyerang permukaan gigi dan menyebabkan kereputan gigi.. Ia mungkin berpunca daripada pengambilan makanan ringan yang bergula dan kurang pengaliran air liur..sebab tu pentingnya mengunyah gula-gula getah untuk penghasilan air liur yg byk..tpi jgn lah kerap plak kan..sebab xde lah bgus sgt mkn gula-gula getah hri2..




Karang gigi paling bhaya sekali..sebab yg nina fham..kesannya sgt lah lame..n sukar untuk dibuang..karang gigi ialah plak yang telah keras, atau juga dikenali sebagai kalkulus atau tartar... Ia sering terkumpul di bahagian belakang gigi kacip di rahang bawah dan di permukaan luar gigi geraham rahang atas... Jika plak dan karang gigi ini terkumpul dengan tempoh yang lama, ia akan menyebabkan penyakit gusi, pereputan dan nafas berbau..Eiii...sumpah geli kan!so kene rajin2 cek gigi korang before tidur..n rajin berus gigi..xkira lah time nak ambil air sembahyang ker...bila gigi kita bersih mesti org senang untuk berkawan..

Ada juga sesetengah org gunakan kaedah “Mouthwash” k termasuk nina skali..tpi selepas pergi kursus mengenai cara menjaga gigi..bru tahu..ia sebenarnya ada buruknya..Ramai org sangat sukakan mouthwash dan merasakan gigi diorg sangat bersih setelah berkumur dengan mouthwash, dan tidak dapat hidup tanpanya? Hati-hatilah, ada banyak kajian yang menunjukkan kandungan alkohol di dalammoutwash (peratusannya lebih tinggi dari alkohol di dalam beer atau wine!) ada kaitan dengan kanser mulut... Dan tiada pula kajian yang dapat mengaitkan penggunaan mouthwash dengan peningkatan kesihatan mulut kerana perkara utama adalah membersihkan gigi dengan memberus dan flossing... Bagi kita yang beragama islam pula, harus diketahui bahawa kandungan alkohol di dalam mouthwash adalah dari jenis yang boleh memabukkan, dan kita dilarang walau meminum setitik ‘arak’, jadi bagaimana untuk kita menggunakan mouthwash tanpa was-was? Jika terlalu bergantung dengan mouthwash, nina sarankan penggunaan mouthwash tanpa kandungan alkohol...




Okey?so skang nina kongsikan cara-cara untuk memutihkan kembali gigi n buang segala benda-benda yg xdiperlukan tu kan..

        
Kulit limau- Kebiasaannya kulit limau orang akan buang je macamtu kan. Tapi lepasni jika korang beli buah limau, kulit tu simpan ye.. Sebab ia boleh digunakan untuk membantu memutihkan gigi korang.. Lagi satu nina suka cara ni sebab ianya menjimatkan. hehe.. Caranya adalah dengan gosok kulit limau ke gigi korang sekurang-kurangnya selama 5-10 minit, kemudian berus gigi korang seperti biasa menggunakan hanya sedikit sahaja ubat gigi.. (sikit jer tau..jgnlah hentam smpai habis)




    Buah atau sayuran yang rangup- Ala buah atau sayuran yang rangup ni macam epal, lai, timun dan sewaktu dengannya...(xkan nak senarai semua kan) Cuba amalkan pengambilannya selepas korang makan makanan yang berat... Kerana ini adalah merupakan cara paling efektif yang dapat membantu memutihkan gigi anda..(nina dah cuba n melekat smpai skang)





     Stramberi- Ha…. yang ni nina suka buat juga..tpi jarang gak lah kan..al-maklumlah susah nk dpat strawberi diusia semuda... Buah strawberi juga boleh dijadikan sebagai ejen pemutihan gigi.. Caranya adalah sama dengan cara menggunakan kulit limau tadi. So, baca balik ayat kat atas tu ye.hehe.. tapi cara ini tak boleh digunakan secara kerap. Ia kerana kandungan asam didalam buah strawberi akan merosakkan enamel gigi anda. Cuba amalkan hanya 2 kali sebulan sahaja..


   Garam kasar ermmm..pelik?tpi berkesan..bg sesape jer lah kan..yg mempunyai masalah gigi berkarat@berkerak ker sehingga membuat nafas korang berbau..so..try petua ney!berjaya!just ambil garam dalam kuantiti sederhana kemudian gosok di gigi korang sampai lah karat-karat tu hilang..tpi jgn wat slalu..amalkan buat dlm 2 minggu sekali..cubalah!n korang xpyah nak bazir-bazir duit gi cuci gigi kat Klinik..






So, last skali..good luck untuk korang..ingat!gigi menunjukkan siapa diri kita..sma ada pembersih atau x..kalau gigi pun xthu nak jga..mcm mna org akan labelkan kita sbgai “Pembersih” kan...Good Luck you all!!jom!jaga gigi!!
Senyuman yg cantik dtg dri gigi yang bersih..